Home Projek Tuisyen Ummah Rehlah Remaja Badar 2.0 Bina Jatidiri Remaja

Rehlah Remaja Badar 2.0 Bina Jatidiri Remaja

by adminpacu

Projek Tuisyen Ummah (PROTU), Raudhatul Huffaz (RH), Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Family & Community Empowerment (FACE), Masjid Jamek Tun Raja Uda Seksyen 16 Shah Alam, Bilik Gerakan MPKK Padang Jawa Petaling dan KRT Rumah Pangsa PKNS Seksyen 16 Shah Alam telah mengadakan Rehlah Remaja Badar 2.0 pada 18 Mei 2019 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Masjid Jamek Tun Raja Uda Seksyen 16 Shah Alam Selangor. Seramai 44 orang peserta dan fasilitator terlibat dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk menjadikan remaja PROTU sebagai remaja hebat, dengan menyelusuri sirah iaitu ibrah daripada Perang Badar sempena Bulan Ramadhan. Objektif program ini memberi maklumat agar peserta dapat memahami dan mengambil pengajaran daripada sirah perang badar, memberi penekanan tentang tanggungjawab peserta sebagai remaja Muslim masa kini, meningkatkan semangat ingin berjaya dalam segala bidang yang diceburi dan mengeratkan hubungan siraturahim antara semua cawangan PROTU.

Pengasas PROTU saudara Luqman Abd Hamid juga bersama-sama peserta dalam slot beliau iaitu Aku Pemimpin Hebat yang menghuraikan bagaimana untuk menjadi seorang pelajar dan seorang muslim yang mempunyai jati diri yang hebat dalam meletakkan ilmu sebagai perkara utama yang harus ditingkatkan di samping menjaga agama.  Selain itu, terdapat juga slot Tamadun Impian oleh Muhammad Shuib Norudin iaitu Pengurus Inisiatif PACU dan slot Game Awesome oleh Atikah Balqis Abd Rahman.

Program ini turut mendapat sambutan dan sokongan daripada ibu bapa serta komuniti setempat. Hal ini kerana, program seperti ini dapat mengetengahkan kreativiti dan dapat menonjolkan keyakinan diri pelajar untuk bercakap serta menyampaikan idea di hadapan.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X