fbpx
Home PACU Ramadhan iftar edisi potluck bersama remaja

Ramadhan iftar edisi potluck bersama remaja

by adminpacu

Ramadhan iftar edisi potluck bersama remaja

Pada 28 Mei 2019 – Kafe@Teen dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Wilayah Persekutuan Kuala dan Putrajaya (LPPKN) telah menjemput Program Tuisyen Ummah (PROTU) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan untuk memeriahkan program Ramadan Iftar Edisi Potluck yang bertempat di Pusat Transit Remaja Kafe@Teen, Presint 16, Putrajaya.

Program ini adalah satu inisiatif penganjur untuk mendedahkan golongan remaja tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PROTU dan GPMS untuk membina sahsiah dan akhlak remaja.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut adalah program Santai Remaja, Iftar dan Solat Maghrib.

Dalam program itu, pihak PROTU dan GPMS telah berkesempatan untuk memberi perkongsiaan kepada para remaja yang menyertai program tersebut mengenai kepentingan penglibatan mereka dalam aktiviti kesukarelawanan bagi membantu masyarakat awam.

Laporan oleh,
Musalmah Muchlis,
Pegawai Operasi PROTU

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X