Home Projek Tuisyen Ummah STREET DAKWAH SHAH ALAM 2.0

STREET DAKWAH SHAH ALAM 2.0

by adminpacu

STREET DAKWAH SHAH ALAM 2.0 telah diadakan pada 18 Mei 2019 bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di Rumah Pangsa PKNS Seksyen 16 Shah Alam dan Bilik Gerakan MPKK Padang Jawa. Program ini melibatkan hampir 100 orang peserta dalam sesi memasak juadah berbuka puasa sehingga mengedarkan juadah berbuka puasa kepada komuniti setempat iaitu di Seksyen 16 Shah Alam dan Padang Jawa. Program ini telah dianjurkan oleh Projek Tuisyen Ummah (PROTU), Raudhatul Huffaz (RH), Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Family & Community Empowerment (FACE), Masjid Jamek Tun Raja Uda Seksyen 16 Shah Alam, Bilik Gerakan MPKK Padang Jawa Petaling dan KRT Rumah Pangsa PKNS Seksyen 16 Shah Alam.

Program ini bertujuan untuk mendidik peserta PROTU merasai sendiri pengalaman memberi juadah berbuka puasa dan berkomunikasi bersama orang awam. Pembelajaran ini diharapkan para pelajar PROTU dapat mengenali masyarakat penduduk sekitar perumahan mereka dengan lebih rapat di samping merasai sendiri pengalaman membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

Program ini turut mendapat sokongan yang daripada Ustaz Suhairi Bin Jairi iaitu Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Jamek Tun Taja Uda Seksyen 16 Shah Alam, Ahmad Khozim Baharun Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga Rumah Pangsa Seksyen 16 Shah Alam, Tok Hassan Hj Idris Penghulu Mukim Bukit Raja dan Hj. Hisham Parman Ketua Kampung MPKK Padang Jawa Petaling masing-masing menguruskan urusan memasak juadah berbuka puasa dan kaedah pembahagian juadah.

Semoga melahirkan anak bangsa yang terbentuk jatidirinya.

 

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X