Home PACU Sentuhan Ramadhan bersama anak asnaf

Sentuhan Ramadhan bersama anak asnaf

by adminpacu

Image may contain: 23 people, people smiling

Bandar Baru Bangi 18 Mei 2019 – Seramai 40 orang anak-anak asnaf dan fakir di raikan dalam satu Program Sentuhan Ramadhan dan terdiri daripada 20 keluarga di Council Homes Seksyen 16 Bangi.

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) menerusi inisiatif Raudhatul Huffaz (RH) telah melancarkan program ini bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM), Aqsa Sounders (Aqsaders) serta pelajar-pelajar dari Sekolah Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 5 Putrajaya.
Program Sentuhan Ramadhan bermula pada pukul 9.45 pagi dengan kehadiran 40 orang anak-anak asnaf serta 34 orang pelajar-pelajar sekolah dan memulakan program bersama anak-anak syurga ini dengan bacaan al-Quran serta solat dhuha secara berjemaah. Program diteruskan lagi dengan aktiviti explorace, sesi refleksi, motivasi diri dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada keluarga penduduk Council Homes.

Sumbangan yang diberikan berbentuk beras dan makanan ini diserahkan kepada 20 keluarga yang terpilih secara langsung di kediaman rumah masing-masing. Program yang diadakan ini bagi meringankan bebanan para asnaf dan fakir miskin yang kurang berkemampuan bagi menghadapi bulan ramadhan dan hari raya dan program ini juga mendidik pelajar–pelajar supaya berbuat kebaikan tidak kira usia apabila pelajar-pelajar sekolah ini sendiri turut membawa barang-barang yang ingin disumbangkan kepada keluarga yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Sebagaimana Hadis riwayat Tarmizi :
“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturrahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.”

Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa kita mesti berusaha untuk menjadi individu yang bermanfaat kepada orang lain untuk menjadi seorang hamba yang baik kepada penciptaNya. Diharapkan melalui program ini, kita dapat lahirkan anak-anak yang akan mengamalkan ilmu yang dipelajari supaya dewasa kelak anak-anak ini akan kembali kepada Ummah dalam menyantuni generasi yang akan datang.

Image may contain: 5 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people sitting

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X