fbpx
Home Projek Tuisyen Ummah SEMBANG SAHUR

SEMBANG SAHUR

by adminpacu


SHAH ALAM, Sabtu 18 Mei 2019 – Projek Tusyen Ummah dan Raudhatul Huffaz telah mewakili Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) ke Program Sembang Sahur Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2019 yang melibatkan semua NGO-i yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Keterlibataan wakil PROTU dan RH sebagai sukarelawan yang menyantuni warga Shah Alam dalam memberikan juadah sahur kepada masyarakat di serata tempat tumpuan seperti di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Pasaraya Ole-ole, Uptown Shah Alam, I-City Shah Alam, dan Setia City Mall.

Bermula dari jam 7.00 petang hingga 12.00 malam, sukarelawan berkumpul dan berbuka bersama-sama kesemua NGO-i yang terlibat dan diikuti tazkirah dari Pencetus Ummah Azman dan solat terawih. Taklimat diberikan kepada semua para peserta mengikut kumpulan masing-masing termasuklah taklimat keselamatan dan cara-cara menyantuni masyarakat dan berdakwah kepada masyarakat dari segenap lapisan umur.

Sebagaimana hadis riwayat At-Tarmizi, “Siapa pun mukmin memberi makan mukmin yang kelaparan, pada hari Kiamat nanti Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan surga. Siapa pun mukmin yang memberi minum mukmin yang kehausan, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya minum dari minuman surga. Siapa pun mukmin yang memberi pakaian mukmin lainnya supaya tidak telanjang, pada hari kiamat nanti Allah akan memberinya pakaian dari perhiasan syurga”. Hadis ini menggalakan kita untuk lebih memberi tidak kira apa yang kita ada semampu kita. Oleh itu, para sukarelawan diminta untuk mengagihkan sebungkus makanan, air dan juga kurma kepada masyrakat sekitar agar dapat memupuk sifat memberi dan bersedekah.

PU Azman mengetuai rombongan dan ‘Street Dakwah’ dijalankan kepada semua pegunjung di Dataran Kemerdekaan terutamanya. Pengalaman dalam mendekati para belia yang melepak dan menyantuni masyarakat dari pelbagai lapisan umur merupakan pengalaman yang berharga dan bermakna. Semoga program kerjasama sebigini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara NGO-i dan pihak MAIS serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan para peserta.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X