fbpx
Home PACU Ramadhan Mendidik Edar 5000 pek Makanan Buka Puasa

Ramadhan Mendidik Edar 5000 pek Makanan Buka Puasa

by adminpacu

BANGI 19 MAC, ISNIN -Sekurang-kurangnya sebanyak 5,000 orang mendapat manfaat sumbangan pek berbuka puasa percuma di sekitar Bangi, Kuala Lumpur dan Shah Alam pada 16 dan 18 Mei lalu.

Demikian salah satu sasaran Projek Street Dakwah anjuran Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), The Amal Project, Sister of Jannah, dan Projek Lembah Pantai.

Projek merupakan salah satu inisiatif dibawah kempen Ramadhan Mendidik menjadi platform Mahasiswa untuk berkhidmat bakti kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Sulaiman Shahril, Pengerusi PEMBINA Bangi berpendapat bahawa projek ini mendidik sukarelawan terutama mahasiswa berpeluang untuk merasa kepentingan memberi daripada menerima.

“Yakinlah bahawa kita tidak akan miskin apabila memberi bahkan mendapat ganjaran berlipat ganda di dunia dan akhirat”, ujarnya.

Menurut Muhammad Hanafi Muidnudin, Ketua Pegawai Eksekutif PACU, “Objektif projek ini adalah mempromosikan Kempen Ramadhan Mendidik yang mengajak dan menyentuh masyarakat dan mahasiswa untuk turut bersama terlibat melalui sumbangan atau penglibatan bersama PACU dan PEMBINA dalam menghulurkan bantuan tenaga dan wang bagi kemudahan pembangunan pendidikan masyarakat dan mahasiswa.

Kita memberi fokus kepada golongan mahasiswa, masyarakat yang hidup di kawasan ‘miskin bandar’, para musafir, pemandu-pemandu bas dan orang yang menjaga kedai. Malah, ia diperluaskan ke seluruh Lembah Klang jika peroleh banyak lagi sumbangan”, kata Muhammad Hanafi Muidnudin, Ketua Pegawai Eksekutif PACU

Projek Kempen Ramadhan Mendidik ini mendapat sambutan yang mengalakkan bermula daripada sumbangan orang ramai sehingga kepada edaran makanan berbuka.

Respon salah seorang sukarelawan projek, Atikah Abd Rahman berkata “projek ini baik sebagai medan melatih sukarelawan khususnya Mahasiswa dalam menerapkan nilai-nilai seperti memupuk sifat qanaah yakni bersederhana dan bersyukur dalam kehidupan serta menjadikan seorang mahasiswa yang suka memberi dan bersedekah terutamanya kepada masyarakat yang memerlukan di luar sana”

Manfaat projek ini juga turut dirasai orang bukan Islam seterusnya menjadi medan perkenalan mereka kepada keindahan Islam.

Sebarang sumbangan Kempen Ramadhan Mendidik dan projek pendidikan bolehlah disalurkan kepada Maybank TabungPendidikan Ummah 5628 3464 2417 (Per Kecemerlangan Pendidikan Ummah) atau hubungi 0 126073955.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X