fbpx
Home PACU PACU sasar RM300,000 untuk Kempen Ramadan Mendidik

PACU sasar RM300,000 untuk Kempen Ramadan Mendidik

by adminpacu

BANGI, 2 Ramadan 1440H, Selasa – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) melancarkan ‘Kempen Ramadan Mendidik’ bagi membantu golongan kanak-kanak yang kurang berkemampuan, termasuk untuk mahasiswa.

Sebanyak RM300,000 kutipan sumbangan disasarkan untuk melanksanakan projek pendidikan sepanjang Ramadan, melalui penyediaan kelas mengaji al-Quran, kelas tambahan dan berbuka puasa untuk mahasiswa.

Ketua Pegawai Eksekutif PACU, Hanafi Muidnudin berkata, dalam usaha mencapai sasaran itu, pihaknya menyediakan tiga pakej utama sumbangan iaitu Pakej Anak Angkat RM50 sebulan; Pakej Anak Didik RM30 dan Pakej Infaq Ikhlas RM10.


“Anak-anak khususnya golongan miskin bandar dan golongan mahasiswa universiti sangat perlu kepada penerapan pendidikan yang terbaik, dan mereka memerlukan kita sebagai ‘support system’ yang kuat.

“Mereka adalah masa depan negara kita, jadi dari sekarang perlu bermula untuk membentuk mereka sebaiknya secara berterusan bukan ‘one-off’, supaya mereka tidak terbiar hidup dengan gejala sosial, seperti yang berlaku di kebanyakan kawasan PPRT,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kutipan sumbangan akan digunakan untuk disalur kepada projek pendidikan yang telah disusun di seluruh negara, antaranya penajaan 300 anak angkat belajar mengaji di Raudhatul Huffaz, penajaan Projek Tuisyen Ummah, pek berbuka puasa untuk 20,000 mahasiswa dan program pembangunan jati diri Rehlah Remaja Badar.


“Kami sangat mengharapkan sokongan penuh dari seluruh rakyat Malaysia untuk bersama mencorakkan masa depan anak-anak ini dengan pendidikan,” katanya.

Hanafi berkata, orang ramai yang berminat menyumbang atau inginkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi pejabat PACU di Bandar Baru Bangi melalui talian 03-8920 9661 / 012-607 3955 atau melayari laman facebook: www.facebook.com/pacuummah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Per. Kecemerlangan Pendidikan Ummah, 5628 3464 2417.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X