Home i-Backyard Science Lestari Alam Tanggungjawab Bersama : KEMPEN SISIH SAMPAI BERSIH!!!

Lestari Alam Tanggungjawab Bersama : KEMPEN SISIH SAMPAI BERSIH!!!

by adminpacu

BANGI, 24 MAC 2019 –  Program Cabaran Lestari Alam (Nature Sustain    Challenge) menerusi pendekatan budaya ‘plogging’ berjaya menarik minat masyarakat setempat.

Budaya ‘Plogging’ merupakan budaya mengutip sampah sambil bersenam dan budaya ini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, i-Backyard Science mengambil insiatif untuk mengadakan ‘Plogging Challenge iaitu aktiviti mengutip sampah sambil berjoging ataupun bersenam. Amalan membersihkan kawasan sekitar belum lagi menjadi darah daging masyarakat sekitar walaupun tempat tersebut dipenuhi sampah sarap.

Program ini juga merupakan permulaan kepada Kempen Jom Lestari yang bermula pada  24 Mac 2019 sehingga September di mana masyarakat digalakkan untuk membudayakan kempen ‘Waste Wise’ pengurusan sampah dengan bijak, ‘Edible Garden’ iaitu memaksimakan penggnaan tanah di sekitar rumah atau pejabat dan program Kitar Semula.

Himpunan sampah yang telah dikutip

 

Program ini berjaya disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Menerusi kempen ini diharap masyarakat digalakkan untuk mengamalkan budaya melestarikan alam sambil bersenam walau di mana sahaja kita berada. Di samping itu, agar kanak-kanak dan remaja terutamanya mendapatkan kesedaran tentang peri pentingnya membersihkan alam sekitar.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X