Home Darul Insyirah 9 Seruan Cakna Negara Tua

9 Seruan Cakna Negara Tua

by adminpacu

Ucapan Pn Hjh Asral Widad Ahmad Asnawi, Pengerusi dan Pengasas Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. Memberi resolusi dan seruan kepada masyarakat ke arah cakna isu warga emas, Malaysia Menuju Negara Tuan 2030.

Seruan-seruan daripada persidangan adalah seperti berikut:

  1. PENGENDALI pusat jagaan wargaemas perlu BERUSAHA untuk memahami fiqh wargaemas serta menyediakan kemudahan dan tempat yang selesa agar ianya mesra ibadah kepada warga emas.
  2. SURAU DAN MASJID berperanan untuk menyediakan kemudahan pendidikan sepanjang hayat dengan menyediakan fasiliti yang mesra warga emas agar mereka seronok dan mudah ke surau dan masjid.
  3. Ahli PAKAR AKADEMIK BERSAMA PENGENDALI DAN TENAGA PENGAJAR WARGA EMAS perlu berusaha menghasilkan modul pendidikan sepanjang hayat serta responsif dalam membuat kajian dalam mencapai ijtihad dalam perkara-perkara baru agar ianya dapat diaplikasikan kepada semua pihak yang berkaitan.
  4. Setiap WARGA PENDIDIK perlu merangka modul khusus berkaitan warga emas di setiap peringkat sekolah supaya dapat menerapkan kecaknaan berkaitan negara tua dari usia awal kanak-kanak lagi.
  5. Setiap ANAK MUDA perlu terlibat dalam menyantuni, bekerja, memikirkan idea-idea baharu untuk menyediakan sesuatu yang terbaik bagi warga emas.
  6. Pihak PENASIHAT SYARIAH dalam bidang kewangan, perbankan Islam dan muamalat perlu memastikan instrumen-instrumen wakaf, zakat, takaful, baitulmal dijadikan instrumen yang dinamik untuk memajukan industri warga emas.
  7. Pihak KERAJAAN perlu memastikan segala pembinaan pembangunan seperti perumahan, pusat membeli belah, tempat ibadah, pengangkutan awam dan sebagainya memenuhi segala keperluan dan mesra warga emas.
  8. Pihak KERAJAAN juga perlu menjadi pemudahcara dan penghubung kepada semua pihak untuk bersama-sama berherak dan merealisasikan Negara Tua yang dinamik, proaktif dan patuh shariah.
  9. Semua pihak termasuk kerajaan, agensi kerajaan badan bukan kerajaan SERTA SELURUH MASYARAKAT perlu bersama-sama berganding bahu untuk memastikan perkembangan industri warga emas di Malaysia ini dapat direalisasikan dan dibangunkan di setia kawasa demi kebahagiaan warga emas dan kesejahteraan negara Malaysia.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X