Home Darul Insyirah RM 100 RIBU UNTUK KOMPLEKS SASARAN MAJLIS HI-TEA

RM 100 RIBU UNTUK KOMPLEKS SASARAN MAJLIS HI-TEA

by adminpacu

JUMAAT., 8 Ogos – Dalam misi membangunkan kompleks di Sg. Ramal akan datang, Darul Insyirah giat menjalankan pelbagai usaha dan program bagi menjana dana.

Selain Ceramah Perdana, program seterusnya yang bakal dianjurkan adalah Hi-Tea bersama Shamsul Debat yang akan berlangsung pada 23 September ini.

Pengarah Hi-Tea bersama Shamsul Debat, Saudara Muhamad Hanafi berkata ” Kita akan berusaha untuk menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM100 ribu pada program kali ini. Jadi pelbagai gerak kerja telah dirangka untuk mendapatkan pelbagai penajaan. Kita akan memaksimumkan tenaga kerja yang ada.”

Katanya lagi, “Masa ini semua tenaga kerja perlu untuk menunjukkan bakat dan mengeluarkan potensi luar biasa dan kebergantungan dan harapan tinggi pada Allah yang Maha Kaya”.

“Kita bukan saja-saja buat program seperti ini, kita buat ada matlamat yang jelas, program untuk dana kompleks, dana kompleks untuk lebih ramai warga emas dapat pendidikan di usia senja mereka, siapa lagi pejuang yang mahu memperjuangkan warga emas kita? Ibu ayah kita?

Sangat zalim jika golongan ini diabaikan, jadi mereka perlu dibangunkan ilmu dan potensi mereka supaya tetap produktif di usia ini!” Kata Saudari Nazatul Shima merangkap setiausaha program Hi-Tea ini.

Semalam, semua kakitangan turun dan mengadakan lawatan ke tapak program bagi membuat persediaan rapi sebelum majlis menjelang tiba.

Sebarang penajaan dan sumbangan yang ingin disumbangkan bolehlah menghubunngi melalui talian 013-349 0759.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X