Home PACU Peduli dengan Remaja Puteri tersasar

Peduli dengan Remaja Puteri tersasar

by adminpacu

Kami warga kerja PACU rasa terpanggil untuk mengadakan sesi lawatan ke Raudhatus Sakinah (RS). Kerisauan tentang masalah sosial yang kian melarat, dan perkara yang membimbangkan ini sangat menyesakkan dada. Lagi meruntukan hati apabila golongan yang tersasar ini adalah bangsa Malayu beragama Islam.

Gerak kerja mewujudkan sebuah institusi seperti ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Pelbagai dugaan dan persepsi masyarakat perlu dihadapi.

Kedatangan PACU ke sini menyelongkar masalah sosial remaja dengan dekat. Mengambil pengajaran dari penubuhan instiusi ini seterusnya mencari pendekatan yang baik bagi membantu golongan seperti ini.

Bagaimana nasib negara kita di masa hadapan jika angka penzinaan ini kian meningkat saban hari?

Masalah sosial seperti ini hanya dibaca sekali lalu di dada-dada akhbar, disiarkan di televisyen, dipaparkan di laman sosial, kali ini kami sendiri berhadapan dengan mereka.

Cara fikir dan kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah sangatlah perlu dipupuk dan ditanam di hati mereka yang paling dalam. Mengembalikan fikrah islam yang sebenar sehingga dengan sendiri lahir rasa jijik dan takut dengan azab Allah untuk mengulangi dosa zina. Menyelamatkan akidah dan mengembalikan jati diri remaja hari ini adalah bentuk bantuan yang sangat diperlukan.

Mendepani cabaran hari ini, Raudhatul Huffaz giat berusaha menjadikan untuk menjadikan tokoh-tokoh dan srikandi islam sebagai idola terbaik pemuda hari ini. Kisah Sa’ad bin Abi Waqqash dan Uwais Al-Qarni yang terkenal dengan kesolehan sehingga mendapat redha Allah, kisah Siti Maryam yang begitu menjaga kesucian dan kehormatan diri sebagai seorang muslimah, dan ramai lagi tokoh yang boleh dijadikan contoh teladan yang baik buat mereka.

PACU memberikan hadiah kecil berupaya buku laporan Raudhatul Huffaz kepada pelatih RS, diikuti dengan motivasi daripada seorang ibu dan aktivis dakwah, Puan Asral Widad Haji Asnawi.

 

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X