Home Darul Insyirah Dementia

Dementia

by adminpacu

Penyakit dementia merupakan penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan warga emas. Menurut kenyataan daripada portal kementrian kesihatan malaysia, penyakit dimentia adalah sejenis penyakit otak progresif yang memiliki gejala hilang ingatan, masalah pemikiran dan kurang upaya dalam menguruskan diri. Akhbar Harian Metro pada 3 Julai 2017 baru-baru ini telah melaporkan krisis penyakit dementia yang sangat kritikal dalam kalangan warga emas di Jepun. Warga emas di Jepun memiliki jangka hayat yang panjang berikutan dengan kualiti penjagaan kesihatan yang baik daripada prasarana yang berteknologi tinggi. Namun begitu, masyarakat Jepun tidak mampu mengelakkan masalah penyakit dimentia walaupun mereka menetap di negara maju dan memiliki fasiliti perubatan yang bermutu tinggi.

Pihak Darul Insyirah yang merupakan pusat komuniti warga emas berasakan bahawa prasarana dan fasiliti perubatan yang bermutu tinggi bukanlah tulang belakang utama dalam mencegah penyakit dimentia daripada menular dalam kalangan warga emas. Malaysia kini sedang berhadapan dengan krisis negara tua pada tahun 2030. Peningkatan populasi warga emas di Malaysia pada masa akan datang akan mendatangkan masalah penularan penyakit dimentia sekiranya tidak dicegah dan diatasi pada peringkat awal.

Penyakit dimentia tidak memiliki sebarang teknologi perubatan untuk dipulihkan. Setakat ini, perawatan sokongan melalui ubat-ubatan dan pembelajaran sahaja yang boleh diberikan kepada pesakit dimentia. Pihak Darul Insyirah mensarankan kepada pihak kementerian kesihatan untuk menggencarkan kempen pencegahan penyakit dimentia sebelum menjadi krisis pada tahun 2030. Pencegahan utama bagi penyakit ini boleh dilakukan melalui penglibatan warga emas di kelas-kelas pengajian agama.

Negara Jepun memiliki majoriti masyarakat yang mengamalkan kefahaman atheist. Kurangnya pemahaman agama dalam kalangan masyarakat Jepun juga menjadi satu faktor penularan penyakit dimentia dalam kalangan warga emas. Pusat komuniti warga emas, Darul Insyirah telah menyediakan kemudahan kelas-kelas pengajian agama kepada warga emas serta aktiviti yang sihat. Kelas-kelas pengajian agama dan aktiviti yang sihat dirasakan mampu untuk meningkatkan kognitif dalam kalangan warga emas. Kewujudan program seperti ini di pusat komuniti warga emas Darul Insyirah telah membantu ramai warga emas yang memiliki masalah kemurungan. Maka, pihak Darul Insyirah menyarankan kepada semua pihak NGO yang mengendalikan pusat warga emas agar melaksanakan kempen ini dengan mewujudkan kelas-kelas pengajian agama serta aktiviti yang sihat sesama warga emas.

Faktor kesibukan penjaga dewasa ditempat kerja seringkali mengakibatkan pengabaian warga emas di rumah. Isu ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap warga emas terutamanya masalah kemurungan. Kewujudan pusat komuniti untuk warga emas sebagai pusat jagaan harian adalah perlu untuk membantu penjaga dewasa yang sibuk bekerja dan menyelesaikan masalah kesunyian dalam kalangan warga emas. Pihak Darul Insyirah pernah memiliki kes warga emas yang mengalami kemurungan di pusat komuniti kami. Solusi yang diberikan oleh kami adalah dengan mengadakan kelas-kelas pengajian agama serta aktiviti bersama warga emas. Solusi ini ternyata telah menyelesaikan masalah kemurungan warga emas tersebut. Oleh itu, kaedah seperti ini juga boleh dilaksanakan bagi mencegah dan mengatasi masalah dimentia dalam kalangan warga emas.

Dr. Muhammad Noorazlan B. Ab Karim
Eksekutif Pentadbiran
Pusat Kecermelangan Pendidikan Ummah

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X