Semalam, satu aktiviti atas inisiatif Darul Insyirah, dengan kerjasama Megaklinik Zahran Senaman ; Dr. Syukri membimbing bonda-bonda untuk melakukan senaman walaupun diatas katil.

“Bonda-bonda disini perlulah sentiasa kekal sihat walau diusia senja. Usia bukanlah penghalang untuk bonda kami untuk mendapatkan kesihaan yang terbaik. InshaAllah, kami akan cuba sedaya upaya bagi menjamin kesihatan dan kebajikan bonda-bonda di Darul Insyirah 2” Kata seorang ketua petugas jururawat Darul Inyirah 2, Cik Asliza.

Persekitaran yang bersih,  pemakanan yang seimbang, aktiviti yang bermanfaat, interaksi sosial yang baik, kemantapan rohani adalah antara aspek yang diberi perhatian oleh Darul Insyirah 1 dan Darul Insyirah 2.

“Ada saja program yang PACU adakan. Program-program kami setakat ini memfokuskan kepada penjanaan dana bagi tabung pembinaan kompleks Darul Insyirah. Baru-baru ini, telah berlangsung ceramah perdana berkaitan, talk pengurursan kewangan, sekarang Ibadah korban sambil berinfaq dan yang akan datang adalah majlis Hi-Tea bersama Shamsu Debat, semua program ini kearah matlamat yang sama iaitu untuk kompleks Darul Insyirah yang baru.” katanya lagi.

Kearah mencapai matlamat jangka panjang dan berterusan, Darul Insyirah juga mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam merealisasikan cita-cita ini.

1 Comment. Leave new

  • Siti Hawa binti Haji Jaafa
    November 29, 2018 4:11 am

    Assalamualaikum,
    Boleh saya tahu berapa caj pendaftaran dan bayaran sebulan. Berhasrat untuk hantar ibu saya ke sini untuk di jaga.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Menu