Home Darul Insyirah Talk “Cukup Wang Hati Tenang” mendapat sambutan

Talk “Cukup Wang Hati Tenang” mendapat sambutan

by adminpacu

Jumaat, 18 Ogos 2017 – Seramai hampir 100 orang tetamu termasuk bonda-bonda Darul Insyirah menghadiri Ceramah Perdana bulanan pagi tadi.

Ceramah Perdana bulanan kali ini menampilkan seorang penulis buku best seller mengenai pengurusan kewangan iaitu Hajjah Rohani Dato Haji Mohd Shahir, CEO HIJRAH Wealth Management.

Program yang dijalankan selama 2 jam 30 minit ini adalah sempena tabung dana pembinaan Kompleks Darul Insyirah.

Kehadiran ini dikunjungi oleh tetamu daripada pelbagai agensi seperti Dr Asmidawati Sakdiah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia,  Puan Noor Arizan Ramli, Naib Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Datin Asmahan Zaidon Ketua Wanita ISMA Cawangan Hulu Langat, Dr Zawiyah Universiti Malaya, dan wakil-wakil dari pelbagai agensi seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat, Megaklinik Zahran, Maghfirah Pustaka Sdn. Bhd. Universiti of the Third Age.

Pelaksanaan ceramah perdana kali ini juga mendapat sambutan dari segi makanan dan kewangan. Kutipan yang berjaya dikumpulkan hasil program pagi tadi adalah mencecah hampir Ringgit Malaysia Satu Ribu  hasil pendaftaran yang dikenakan Rm10 seorang dalam majlis ini.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X