Home Projek Tuisyen Ummah PACU Menyantuni Rumah Kita

PACU Menyantuni Rumah Kita

by adminpacu

Menurut Vimmy Yasmin,

‘Rumah Kita’ bukan saja untuk wanita hamil dan terlanjur malah untuk wanita teraniaya ditinggalkan suami atau didera; mereka yang terbabit sumbang mahram dan mereka yang tiada tempat bergantung atau tempat dituju.

-Petikan daripada berita Astro Awani–
———————————————–

RABU , 15 OGOS – PACU membawa agenda pendidikan menyantuni penghuni Rumah Kita yang menempatkan seramai 15 orang wanita hamil pagi tadi.

PACU beriltizam untuk mengadakan perjumpaan setiap hari selasa bersama mereka, mendidik si ibu kearah pendidikan Al-Quran dan hadis melalui pengajian Raudhatul Huffaz (RH) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU) serta memberi galakan dan tunjuk ajar kepada si ibu untuk mendidik anak-anak kearah mencintai al-Quran melalui pendidikan Baby Huffaz.

“Kita kena move on, kalau adik-adik give up, PACU takkan give up pada adik-adik, so please dont give up on yourself.. pandang ke hadapan, be positif..” luahan kasih Puan Hajjah Asaral Widad selaku Pengerusi PACU.

“Ternyata, adik-adik ini ramai yang pandai membaca Al-Quran, menghafaz beberapa surah daripada Juz Amma’, sayang jika dibiarkan, jadi kita perlu bantu mereka dengan pendidikan yang baik” – Farhana Abd Samad : Pegawai Operasi Raudhatul Huffaz

Kedatangan PACU sedikit sebanyak mengukir kegembiraan serta membuahkan harapan baru kepada mereka setelah didedahkan dengan matlamat yang dibawa.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X