Home Darul Insyirah Kunjungan Penyelidikan Penuaan UPM

Kunjungan Penyelidikan Penuaan UPM

by adminpacu

BANGI, 15 OGOS 2017 – Pusat Penyelidikan Penuaan Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah dan Dr Asmidawati hadir di Rumah Jagaan dan Pendidikan Darul Insyirah pagi tadi.

Perbincangan yang dijalankan adalah mengenai institusi angkat dengan kerjasama Darul Insyirah. Institusi angkat ini meliputi kajian kemurungan, program kepada warga emas dan intervensi kesihatan.

Menurut laporan, penilaian akan dijalankan keatas warga emas Darul Insyirah untuk menjalankan kerjasama jangka panjang bersama Pusat Penyelidikan Penuaan Malaysia.

Perbincangan ini dihadiri oleh Puan Hjh. Asral Widad Haji Asnawi , Ahli Lembaga Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Pendidikan Ummah (PACU), Dr. Noorazlan Abd Azis, Pegawai Ekskutif PACU dan Cik Siti Aishyah Sulaiman, Pegawai Eksekutif Kewangan PACU.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X