Home Darul Insyirah Pelajar Praktikal beraktiviti dengan bonda Darul Insyirah

Pelajar Praktikal beraktiviti dengan bonda Darul Insyirah

by adminpacu

Oleh, Norsyahidda

BANGI, 19 Julai 2017, Rabu –
Belajar dan bersoronok menjadi tema pendidikan yang diterapkan kepada bonda-bonda Darul Insyirah (DI)  melalui aktiviti menganyam tikar hari ini.

Walaupun aktiviti ini kelihatan mudah tetapi ia sangat membantu membina otot dan koordinasi mata, jari dan tangan.

Kepelbagaian kaedah pembelajaran diberi penekanan yang baik dalam modul pendidikan warga emas Darul Insyirah dalam merealisasikan misi dan visi DI yang menyokong baik jangkaan Dasar Warga Emas Negara iaitu Malaysia sebagai negara tua menjelang 2030.

Nuraina Binti Harni berkata, “Pengajaran hari ini adalah suatu pengalaman yang berbeza bagi saya, jika sebelum ini saya diberi peluang bersama-sama asatizah mengajar pelajar-pelajar Raudhatul Huffaz, hari ini saya diberi peluang menjalankan aktiviti bersama bonda-bonda Darul Insyirah. Tambahan pula, pengalaman sangat bermakna apabila saya berpeluang membimbing bonda melakukan aktiviti ini dari katil ke katil.”

“Pengalaman ini bermakna buat saya kerana ¬†banyak perkara dapat dimuhasabahkan bersama dan ia juga merupakan satu kepuasan apabila kami berjaya melihat bonda tersenyum.Bonda kata boleh ajar cucu cicit pula, nanti nak tunjuk pada mereka. Lepas ini boleh bawa daun palas nak anyam yang betul betul pula” kata Nuramira Huda Binti Mohd Razi.

Nuraina dan Nuramira merupakan pelajar praktikal dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Respon baik yang diterima daripada bonda-bonda Darul Insyirah turut menggembirakan tenaga kerja PACU keseluruhannya. Moga PACU sentiasa diizinkan Allah untuk memacu kecemerlangan pendidikan ummah.

Aamin.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X