Home Uncategorized PACU Rakan Kerjasama Strategik Program Sempena Hari Penduduk Sedunia dan Hari Bapa

PACU Rakan Kerjasama Strategik Program Sempena Hari Penduduk Sedunia dan Hari Bapa

by adminpacu

Oleh, Norsyahidda

SHAH ALAM, 19 Julai 2017, Rabu – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) telah menghadiri sebuah mesyuarat yang diadakan di LPPKN Selangor pagi tadi.

Kehadiran PACU dalam mesyuarat hari ini adalah sebagai rakan kerjasama dan kolaborasi strategik dalam Program Ecofamily sempena Hari Penduduk Sedunia serta Hari Bapa Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 30 Julai 2017 bertempat di Dewan Jati, Rumah Pangsa Seksyen 16, Shah Alam.

Pegawai Eksekutif PACU, Cik Siti Fatimah Hamzah berkata, “Program ini adalah salah satu langkah yang sangat baik untuk PACU bergerak lebih berkehadapan dalam usaha menyantuni masyarakat”.

Respon Pengarah Negeri Selangor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Puan Suriani Binti Buang dalam mesyuarat menyatakan PACU dipilih sebagai salah satu rakan kerjasama dan kolaborasi strategik adalah kerana PACU dilihat sebagai NGO yang semakin dikenali netizen hari ini.

Turut menghadiri mesyuarat ini adalah Puan Hajah Asral Widad Asnawi, Ahli Lembaga Pengarah PACU ; Cik Norsyahidda Bakry Pegawai Operasi dan Tenaga Pengajar Raudhatul Huffaz.  Pegawai Jabatan Pertanian Malaysia, Puan Faeza dan Puan Yanti serta Ahli Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, En Khoiruddin.

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X