Home Projek Tuisyen Ummah PELANCARAN KELAS PERTAMA PROTU DI SEKSYEN 16 SHAH ALAM

PELANCARAN KELAS PERTAMA PROTU DI SEKSYEN 16 SHAH ALAM

by adminpacu

Alhamdulillah, malam semalam Projek Tuisyen Ummah telah membuka kelas pertama kami di Rumah Pangsa PKNS Seksyen 16, Shah Alam.

Kehadiran ibubapa yang mendaftar anak-anak mereka sangat dihargai.

Penuh tempat semalam dengan kehadiran mereka dan anak-anak serta tenaga pengajar PROTU di situ. 🙂

Macam-macam yang berlangsung semalam juga, ada sesi memberi kit belajar seperti buku-buku yang akan digunakan sepanjang tuisyen berlangsung , juga taklimat kepada ibubapa yang disampaikan oleh En Aulia Rahman yang merupakan salah seorang pengasas PROTU. Selain itu, ada sesi TOT untuk tenaga pengajar baru PROTU. 🙂

Serta yang utama ialah kelas pertama bagi tingkatan 1 hingga 3.

Untuk makluman semua, kami di PROTU sebelum ini hanya membuat kelas tuisyen bagi mata pelajaran Matematik dan Sains sahaja, tetapi atas permintaan ramai ibubapa di kawasan Seksyen 16 ini, kami buka pula kelas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris,

Inshaallah, macam Saudari Siti Aishyah Sulaiman selaku penyelaras kelas PROTU telah katakan semalam, PROTU akan cuba memberikan modul pelajaran Bahasa Inggeris untuk anak-anak di sini. 🙂

 Image may contain: 3 people, people sitting                  Image may contain: 10 people, people sitting

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X