Home Raudhatul Huffaz Kejayaan alumni Raudhatul Huffaz ke Turki

Kejayaan alumni Raudhatul Huffaz ke Turki

by adminpacu

BANGI, 11 JULAI – Hari ini dalam sejarah, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) telah berjaya merakam detik-detik manis kejayaan salah seorang alumni pelajar Rauddhatul Huffaz (RH) iaitu Iman Haniff Bin Md Husaimi 15 tahun yang telah berlepas ke Turki semalam.

Iman Haniff adalah anak ketiga daripada lima orang adik beradik merupakan pelajar kumpulan pertama yang mengikuti kelas Raudhatul Huffaz pada permulaan era pembukaan RH.

” Bagi saya Iman adalah ‘Living testimony‘ yang merealisasikan visi dan misi RH” kata Pengasas Raudhatul Huffaz, Puan Hajah Asral Widad Asnawi. Beliau turut diundang untuk menghadiri Majlis Gradusi Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) pada 9 Julai 2017 lalu.

“Di awal penubuhan RH, saya mengusahakannya bersama-sama Ustazah Wan Nazidah dan Puan Hanizah Wahidin (ibu Iman Haniff), masa tu Puan Hanizah orang yang mula-mula bersama kami merekacipta desain helaian laporan RH bahagian tasmi’..” katanya lagi.

Puan Hanizah Wahidin tidak lekang menzahirkan kesyurkuran kerana Allah SWT pernah mempertemukannya dengan Raudhatul Huffaz suatu masa dahulu.

Menurut Puan Hanizah, Raudhatul Huffaz adalah asbab utama yang menjadi penyuntik semangat kepada dirinya untuk menjadikan anak-anak sebagai penghafaz Al-Quran.

Selain itu, Ibu Iman Haniff juga merupakan penggubal modul pembelajaran RH yang pertama bersama-sama Puan Asral Widad dan Ustazah Wan Nazidah. Turut menyumbang sebagai Tenaga Pengajar terawal Raudhatul Huffaz juga adalah kakak Iman Haniff sendiri.

Rendah gunung tinggi harapan.
Semoga Raudhatul Huffaz terus meniup semangat Sultan Muhammad Al-Fateh dalam diri anak-anak didik dan sentiasa maju demi pembangunan ummah yang cemerlang dan gemilang.

Image may contain: 21 people, people smiling, people standing and suit

You may also like

1 comment

NorSyahidda Bakry July 12, 2017 - 8:46 am

Tahniah PACU. Tahniah Raudhatul Huffaz. Moga sentiasa bersemangat memacu Ummah , terus menyantuni anak-anak Malaysia

Reply

Leave a Reply to NorSyahidda Bakry Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X