Home Darul Insyirah TERKINI MENGENAI PERKEMBANGAN PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS DARUL INSYIRAH

TERKINI MENGENAI PERKEMBANGAN PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS DARUL INSYIRAH

by adminpacu

UPDATE TERKINI DANA PEMBINAAN KOMPLEKS DARUL INSYIRAH – MEI 2017=

RM 480,119.00
Masih memerlukan 1.01 JUTA LAGI

Setelah beroperasi selama hampir memasuki 5 tahun (2017), kami mendapati terdapat permintaan yang tinggi untuk tempat atau rumah bagi warga emas yang bukan sahaja mereka dapat menginap, makan dan minum tetapi mereka juga menginginkan kelas pengajian bagi mengisi rohani mereka. Tambahan lagi, terdapat juga permintaan terhadap jenis penghuni seperti ayahanda dan pasangan kelamin. Untuk menampung permintaan yang semakin tinggi ini, pembangunan kompleks adalah amat diperlukan bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat dan juga menyediakan ruang yang lebih kondusif kepada penghuni, selain menyediakan kelas pengajian bagi warga emas terus menuntut ilmu.

Disamping itu, negara kita, Malaysia akan menuju Negara Tua menjelang 2030, oleh sebab itu,   kewajaran  menjaga hak dan pembelaan golongan warga emas bukanlah satu perkara yang remeh kerana hal ini dapat menyokong agenda negara dalam usaha mewujudkan     masyarakat prihatin dan penyayang. Kewujudan pusat jagaan warga emas membuktikan  bahawa masyarakat begitu prihatin terhadap nasib golongan ini.

Untuk makluman juga, rumah yang warga emas yang diduduki kini adalah rumah yang disewa oleh pihak Darul Insyirah dan kos sewa serta keseluruhan perbelanjaan bulanan Darul Insyirah mencecah sehingga 40 ribu, oleh itu diharapkan juga dengan pembinaan kompleks ini, segala perbelanjaan dapat dikurangkan dengan lebih efektif.

Kompleks ini akan didirikan di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Ustazah Bushro Bt Talib kepada pihak Darul Insyirah. Tapak ini seluas dalam anggaran 20, 400 kaki persegi dan berkedudukan strategik di tengah-tengah kawasan perumahan Sg. Ramal Dalam, Kajang. Alamat lokasi :

LOT 21408 KAMPUNG SG. RAMAL DALAM, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

tanah-wakaf-1

Hasil perbincangan bersama pihak KLIA Holdings, selaku syarikat pembinaan bagi kompleks ini, kami akan memulakan pembinaan Fasa 1 dahulu.

Fasa 1

  • Kediaman bonda ( terbaring, kerusi roda dan skizofrenia )
  • Pejabat Pentadbiran
  • Penempatan sementara bagi bonda-bonda sihat
  • Anggaran kos RM1,500,000.00

13886282_1821695214715656_4779665808289560222_n

CERAMAH PERDANA BULANAN DARUL INSYIRAH 

Antara usaha lain yang kami jalankan untuk menambah lagi dana peruntukan bagi pembinaan kompleks ini ialah dengan mengadakan siri ceramah perdana bulanan di Darul Insyirah. Sehingga Mei 2017 ini, sudah 3 kali ceramah perdana dijalankan.

DSC_0485

Ceramah perdana pertama pada bulan Februari telah disampaikan oleh PU Razi

 

DSC_0570-resize

Antara tetamu yang telah hadir

 

DSC_0559-resize

Penyampaian sumbangan oleh wakil Biro Wanita Surau Al-Umm Sg. Ramal Dalam, Kajang, Pn. Maimon Nasir.

 

Misi Tabung Pembinaan Kompleks Darul Insyirah Fasa 1

Alhamdulillah, sehingga Mei 2017, kami telah berjaya mengumpul sebanyak RM 480,119.00, namum kami masih memerlukan sebanyak RM 1.01 juta lagi untuk mencukupkan jumlah kos pembinaan fasa 1 kompleks.

➳Sasaran 3000 lot bersamaan RM 1,500,000.00 (RM1.5 juta) untuk fasa 1 = Blok A

====TAJAAN LOT====
➳Sumbangan untuk pembangunan kompleks masih berjalan, hanya menaja RM 500.00 untuk 1 lot
➳RM 50 untuk 1 batu-bata

====INFAQ WANG====
💰Infaq RM 10
💰Infaq RM 20
💰Infaq RM 50
💰Infaq RM 100
atau berapa sahaja yang anda mampu untuk sumbangkan.

Sumbangan ke akaun DARUL INSYIRAH:

🏧Akaun : Maybank Islamik
📌No.Akaun: 5628 3463 1731
📌Nama : DARUL INSYIRAH
📩Email : darulinsyirah2013@gmail.com
✔️ Pelepasan cukai LHDN

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, sila email atau whatsapp kami.
*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Cik Syuhada 013-2059 509

Untuk maklumat lanjut,
📞Hubungi/WhatsApp:
🌸 Hajjah Widad : 012 – 2941 773
🌸 Cik Syuhada : 013- 2059 509
🌸Pejabat : 03 – 8920 9661

MISI TABUNG KOMPLEKS DI FASA 1_insta-green

Jom sama-sama merebut peluang melaksanakan fardu kifayah ini, dengan mendambakan pahala yang berlipat ganda. Semoga sumbangan anda dapat merealisasikan pembinaan Kompleks Darul Insyirah🏢 demi kesejahteraan hidup dan pendidikan bonda-bonda dan bakal ayahanda-ayahanda nanti.

Beban tanggungjawab menunaikan fardu kifayah kita harungi bersama

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X