Setelah beroperasi selama hampir 4 tahun, ruang rumah yang telah disediakan telah dipergunakan sepenuhnya. Untuk menampung permintaan yang semakin tinggi, seperti permintaan terhadap jenis penghuni seperti ayahanda dan pasangan kelamin, pembangunan kompleks adalah amat diperlukan bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat dan juga menyediakan ruang yang lebih kondusif kepada penghuni.

Disamping itu, negara kita, Malaysia akan menuju Negara Tua menjelang 2030, oleh sebab itu,   kewajaran  menjaga hak dan pembelaan golongan warga emas bukanlah satu perkara yang remeh kerana hal ini dapat menyokong agenda negara dalam usaha mewujudkan     masyarakat prihatin dan penyayang. Kewujudan pusat jagaan warga emas membuktikan  bahawa masyarakat begitu prihatin terhadap nasib golongan ini.

Untuk makluman juga, rumah yang warga emas yang diduduki kini adalah rumah yang disewa oleh pihak Darul Insyirah dan kos sewa serta keseluruhan perbelanjaan bulanan Darul Insyirah mencecah sehingga 40 ribu, oleh itu diharapkan juga dengan pembinaan kompleks ini, segala perbelanjaan dapat dikurangkan dengan lebih efektif.

Kompleks ini akan didirikan di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Ustazah Bushro Bt Talib kepada pihak Darul Insyirah. Tapak ini seluas dalam anggaran 20, 400 kaki persegi dan berkedudukan strategik di tengah-tengah kawasan perumahan Sg. Ramal Dalam, Kajang. Alamat lokasi :

LOT 21408 KAMPUNG SG. RAMAL DALAM, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

tanah-wakaf-1

Hasil perbincangan bersama pihak KLIA Holdings, selaku syarikat pembinaan bagi kompleks ini, kami akan memulakan pembinaan Fasa 1 dahulu.

Fasa 1

  • Kediaman bonda ( terbaring, kerusi roda dan skizofrenia )
  • Pejabat Pentadbiran
  • Penempatan sementara bagi bonda-bonda sihat
  • Anggaran kos RM1,500,000.00

photo_2017-01-03_12-46-12

Misi Tabung Pembinaan Kompleks Darul Insyirah Fasa 1

Alhamdulillah, sehingga Disember 2016, kami telah berjaya mengumpul sebanyak RM 455,323.00, namum kami masih memerlukan sebanyak RM 1,044,677.00 untuk mencukupkan jumlah kos pembinaan fasa 1 kompleks.

➳Sasaran 3000 lot bersamaan RM 1,500,000.00 (RM1.5 juta) untuk fasa 1 = Blok A

====TAJAAN LOT====
➳Sumbangan untuk pembangunan kompleks masih berjalan, hanya menaja RM 500.00 untuk 1 lot
➳RM 50 untuk 1 batu-bata

====INFAQ WANG====
💰Infaq RM 10
💰Infaq RM 20
💰Infaq RM 50
💰Infaq RM 100
atau berapa sahaja yang anda mampu untuk sumbangkan.

Sumbangan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH:

🏧Akaun : Maybank Islamik
📌No.Akaun: 5628 3463 1731
📌Nama : PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH
📩Email : darulinsyirah2013@gmail.com
✔️ Pelepasan cukai LHDN

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, sila email kami.
*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon whatsApp ke Cik Syuhada 013-2059 509

Untuk maklumat lanjut,
📞Hubungi/WhatsApp:
🌸 Hajjah Widad : 012 – 2941 773
🌸 Cik Afifah : 012 – 2941 976
🌸Pejabat : 03 – 8920 9661


Jom sama-sama merebut peluang melaksanakan fardu kifayah ini, dengan mendambakan pahala yang berlipat ganda. Semoga sumbangan anda dapat merealisasikan pembinaan Kompleks Darul Insyirah🏢 demi kesejahteraan hidup dan pendidikan bonda-bonda dan bakal ayahanda-ayahanda nanti.

Beban tanggungjawab menunaikan fardu kifayah kita harungi bersama

2 Comments. Leave new

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Menu