Home Raudhatul Huffaz Keluarga ini mengembara 1784 km demi dakwah

Keluarga ini mengembara 1784 km demi dakwah

by adminpacu

Berikut merupakan catatan perjalanan seorang wanita bersama suaminya di facebook tentang perjalanan dakwah keluarga mereka bagi memperkenalkan pusat pendidikan anak-anak untuk masyarakat Islam di Sarawak. Semoga ianya membakar semangat kita untuk berjuang demi agama kita ini.

………………………………………………..

Travelog Raudhatul Huffaz (RH) Sarawak

11/2/2016
Saya sekeluarga ditemani suami dan 2 orang anak (pewaris perjuangan Islam,ameen) memulakan perjalanan melalui darat, Kembara RH ke Bintulu & Miri.. Perjalanan kami di iringi dengan hujan sepanjang perjalanan..Perjalanan yg sangat mencabar kerana keadaan jalan yg tidak rata,licin menyebabkan perjalanan kami sgt perlahan.. Perjalanan terus di tempuhi untuk memastikan RH dapat dilaksanakan di Bintulu & Miri..Alhamdulillah selamat sampai ke Bintulu pd jam 11pm..setelah hampir 13 jam perjalanan ditempuhi. Allahuakbar!

12/2/2016
Alhamdulillah kami sekeluarga telah berada di Bintulu. Saya mengambil kesempatan untuk membuat persiapan untuk TOT RH esok bagi memastikan semua info dapat disampaikan dengan baik.

13/2/2016
Masa dinanti telah tiba.. Kehadiran peserta memberikan semangat dan kegembiraan kpd saya bagi menyuburkan kembali setiap inci bumi Sarawak dengan iman dan Islam melalui pengajaran pengajian Al-Quran.. Sungguh terharu kerana ada peserta yang datang dari Kapit (menaiki bot selama 3 jam dan menaiki bas hampir 3-4 jam) & Song turut hadir dan bersemangat untuk mengajar RH di kawasan masing-masing..ToT berlansung dengan baik dan masing-masing teruja untuk melaksanakan RH di kawasan mereka.Setiap peserta tidak melepaskan peluang berfikir strategi bersama-sama untuk membawa RH di bumi Bintulu & Kapit..Allahuakbar!!..
Selesai ToT di Bintulu kami meneruskan perjalanan ke Miri..Syukur ya Allah,dengan perjalanan membawa anak berusia 5 tahun & 5 bulan Allah permudahkan..Mereka seakan-akan faham perjuangan ibu & abi mereka untuk menyuburkan pengajaran pengajian Al-Quran di pelusuk bumi sarawak..Anak-anak tidak kenal erti penat,tetap bertenaga walaupun jauh perjalanan ditempuhi..Subhanallah..
Tiba di Miri jam 7 pm setelah 4 jam perjalanan ditempuhi.. Alhamdulillah.

14/2/2016
Menanti kehadiran peserta ToT Miri.. Kebanyakkan mereka yang hadir adalah dari luar bandar Miri yang begitu bersemangat nak mendidik anak-anak kawasan pedalaman yang kebanyakkannya kurang mendapat pendedahan didikan al-quran dengan baik. saya berasa sangat terharu apabila berkenalan dengan peserta, 4 orang daripada peserta yang hadir daripada Limbang(perjalanan ke Miri perlu melalui imigresen Brunei dan memakan masa 3-4 jam perjalanan).Mereka hadir semata-mata untuk mendapat info tentang RH & bersemangat nak melaksanakan di tempat masing-masing di Limbang..Subhanallah..Maha suci Allah mempertemukan kami untuk bersama-sama berusaha mengembalikan serta menyuburkan pengajian al-Quran di bumi Sarawak..ToT dijalankan dengan lancar dan persoalan bertalu-talu dilontarkan bagi sama-sama mendapatkan cara terbaik untuk membawa RH ke tempat masing-masing.. Salah seorang peserta yang bekerja di pedalaman Miri. Beliau berkata “hati sangat sedih apabila remaja dah berusia 15 tahun kebanyakkannya tidak pandai membaca al-quran & solat dengan betul”..Allauakbar..masih banyak lg usaha perlu di laksanakan bagi membantu seramai mungkin anak-anak bumi sarawak dapat belajar & beramal dengan Al-Quran. Semoga Allah membantu usaha kami..Ameen

15/2/2016
Perjalanan pulang kami dari Miri singgah ke Bintulu untuk membuat perjumpaan dengan Ajk Masjid Taqwa Bintulu..Allah membantu saya,secara tidak lansung suami solat berjemaah maghrib di sana pada jumaat lepas dan berkenalan dengan ajk masjid..Suami bercerita tentang RH kepada AJK Masjid..Sungguh,Allah yang menjaga hati-hati hambaNya..Lantas,AJK Masjid tertarik dengan konsep RH dan meminta suami saya untuk saya memberi taklimat kepada mereka..Sungguh Allah permudahkan niat saya..Allahuakbar!!..InshaAllah,saya yakin RH akan tersebar ke seluruh pelusuk bumi Sarawak bagi menyubur & menyemarakkan budaya membaca & menghafaz Al-Quran sedari umur 4 tahun lagi..

16/2/2016
Berakhirlah kembara perjalanan kami yang padat dan penat dengan bertolak balik ke Kuching..6 hari perjalanan, berbelas jam memandu dan 1784 km jarak perjalanan ditempuhi, hanya dengan satu niat untuk perjuangan Islam. Setiap penat lelah terubat dengan penerimaan RH yang baik di tempat yang kami pergi. Smg Allah bantu perjuangan kami dan hanya kepada Allah kami berserah setelah kami berusaha..Semoga Islam terus subur & mekar di setiap pelusuk bumi Sarawak..Ameen Ya Rabb..

Sumber :
FB Nazirah Bol

You may also like

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

X